Artikel Pilihan

FERRARI F40 LM PALING TERKENAL BAKAL DILELONG – HARGA DIRAMAL MELEBIHI RM20 JUTA

SHARE

Rasanya semua peminat kereta khususnya peminat Ferrari kenal dengan model F40. Tapi ini bukan F40 standard kerana merupakan model khusus perlumbaan dan pernah memenangi beberapa perlumbaan ternama. Itulah yang menjadikan model istimewa Ferrari ini lebih bernilai.

Ini mungkin Ferrari F40 LM paling terkenal di dunia kerana casis bernombor 74045 ini mempunyai lakaran grafik asal berwarna French Racing Blue yang sungguh terkenal. Ia akan dilelong oleh RM Sotheby’s pada 6 Februari ini. Tapi yang ini rasanya tidak akan menarik perhatian tokey-tokey kosmetik untuk memilikinya sebab ia terlalu ganas.

Model ini merupakan satu daripada 19 unit F40 yang dicipta dan dibangunkan  oleh Michelotto kepada dua varian, LM ataupun Competizione. Ia dilengkapi dengan pengecas turbo dan intercooler IHI yang lebih besar, sistem pancitan bahan api Weber-Marelli yang tercanggih ketika itu, naik taraf brek dan kotak  gear perlumbaan selain ubahsuaian penuh pada bahagian badan. Ia dianggarkan mempunyai 700 bhp kuasa berbanding 471 bhp pada F40 standard.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

BACA: SUBARU IMPREZA STi – SI MATA HELANG

Casis nombor 74045 merupakan F40 ketiga yang dihasilkan oleh Ferrari dan digunakan secara menyeluruh sebagai model prototaip pra-pengeluaran sebelum dihantar kepada Michelotto oleh pemilik keduanya.

Ia mempunyai sejarah dan pencapaian yang panjang dalam perlumbaan termasuklah 2 penyertaan dalam perlumbaan Le Mans tahun 1995 dan 1996, menang di perlumbaan 4-jam Anderstop dan banyak lagi penyertaan dalam Siri GT Global.

Dikatakan berada dalam keadaan terbaik, ia sudah cukup bersedia untuk menyertai mana-mana perlumbaan vintaj termasuklah Club GT Competizione yang merupakan program rasmi Ferrari.

Pemilik baru F40 LM ini juga akan membawa pulang kotak gear asal F40 dan satu set tayar gantian yang bakal menjadi buruan para pengumpul. Harganya boleh tahan kerana ia dianggarkan bakal terjual antara RM21 juta ke RM26 juta sahaja. Hmm…untuk rekod Bugatti Chiron baru dipasarkan dengan harga dalam lingkungan RM12-13 juta. Apalah salahnya demi prinsip hobi kami mahal kan?

Tags
Google ads
Back to top button