Modifikasi

PERODUA KANCIL L200S

Kancil menyatukan budaya modifikasi di Malaysia, memajukan industri, selain membolehkan graduan dan budak-budak lepas sekolah main kereta tanpa rasa terbeban. Beli Kancil terpakai baru berapa sahaja sekarang, lagi murah daripada Yamaha LC. 

Saya pernah pandu, main dan jual beli Kancil beberapa kali. Nasib baik sekarang tinggal di rumah bertingkat-tingkat dengan parkir terhad. Kalau tidak, boleh sahaja beli sebuah Kancil buat main.

Kereta ini milik Mohd Hafisal Othman dari Johor. Dia memang suka sangat main kereta sampaikan bahagian belakang Kancil pun dikerat untuk masukkan bodypart Mira. Itulah seronoknya apabila main kereta yang half-cutnya hanya Malaysia yang beli.

lw24

K-Car ini banyak di Jepun. Selepas dipotong, tidak ada negara lain yang beli. Saya rasa kalau Suzuki dan Subaru  buat K-Car di Malaysia, mungkin jalan raya sekarang penuh dengan K-Car JDM.

Hafisal memulakan ubah suai dengan menukar enjin lemau Kancil 660 tahun 1999 kepada mesin L200S yang ada LSD itu. Dalam banyak-banyak keluarga L2, L200S EF-JL ialah enjin yang paling mantap dan senang dijaga.

lw10

Kalau anda jenis yang tak kisah sangat dengan enjin power ke tidak, tak payah masuk L5, L200S pun dah cukup. Senang nak dijaga dan alat gantinya banyak. Hingga ke hari ini, saya dimaklumkan bahawa barang-barang enjin kereta ini masih berada pada harga munasabah. Walaupun kereta-kereta Mira lama sudah hampir pupus di Jepun.

Enjin ini boleh dimasukkan terus ke dalam bay Kancil tanpa perlu modifikasi. Dalam Kancil putih ini berkilat-kilat rocker kerana dicelup krom. Intercooler tak payah alih depan. Top mount dah cukup, pasang injap blow-off HKS dan kabel elektrik Ultra. Ekzos satu set  RSR Magic dari depan sampai belakang. Bar penstabil 4 point itu pun dicelup krom dan siaplah sebuah enjin yang menawan!

lw25

Jujurnya, saya memang suka muka L512 hidung separuh ini. Bentuk lampu utama serta lambu kabus/isyarat di bawahnya buat kereta kecil ini nampak lebih gempal dan bulat. Bodypart ini walaupun tak boleh dipasangkan secara bolt-on, kerja fabrikasi kimpalannya tidaklah susah sangat. Sambung fender sahaja.

Jadi, macam mana dengan bahagian belakang? Dahulu, ramai peminat Kancil ragu-ragu untuk pasang bodypart belakang L5, tapi sekarang tidak lagi. Cantik pula tu apabila dipadankan dengan bampar singkat dan spoiler L5 yang sedikit senget.  

SONY DSC

Skirting ditukar kepada skirting L5. Akhir sekali, bumbungnya dipotong dan digantikan dengan jenis kanvas top yang diambil daripada Mira Parco. Bila belek banyak kali, memang cantik kereta kecil ni!

Untuk menyerlahkan lagi sebuah Kancil, sudah tentu kena ada rim yang power. Jadi  Hafisal memilih rim SSR Type C RS 15 inci. Ini original, tengok dari jauh pun boleh kenal bukan cap ayam punya.

BACA – PERODUA VIVA EMAS

BACA – KANCIL MODERNO TURBO

Rim disarungkan dengan tayar Kumho bersaiz 165/50 di segenap sudut. Breknya disalin dengan brek L512 depan belakang dan suspensinya pula daripada RSR.

Bahagian dalaman pula memang lengkap dari segi peralatan asas dan aksesori. Platform yang dipilih ialah L500 dengan karpet merah dan alas kaki. Kerusi L5 batik, papan pemuka L5, pedal Mira Club, tali pinggang keledar dan banyak lagi. Aksesori pula terdiri daripada jam L5, burger letak barang pada papan pemuka dan sistem audio penuh Carrozeria.

lw1

Mengikut firasat saya, hidup Kancil tak akan berubah, sekurang-kurangnya untuk lima  tahun lagi. Bengkel modifikasinya makin bertambah, meriah dan ramai orang. Runner yang jual barang Mira pun bukannya sedikit. Tak percaya buka mudah.my berapa banyak senarai Kancil Mira sekali taip. Hah cuba!

[hr]SPESIFIKASI

Model: Perodua Kancil /1999

Enjin: EF-JL L200S 660 turbo intercooler, injap blow-off HKS, ekzos RSR

Kotak gear: Manual 5 kelajuan, klac Greddy, LSD

Suspensi: RSR Magic

Brek: L512

Rim: SSR Type C RS 15 inci

Tayar: Kumho 165/50

Dalaman: Papan pemuka, tempat duduk L5, karpet, jam, burger dan audio Carrozeria

Luaran: Bodypart L512, canvas top Mira Parco

[hr]GALERI

lw2lw3lw4lw9SONY DSCSONY DSCSONY DSClw18lw19lw29

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button