Artikel PilihanBuletin

JANJI DITEPATI: PORSCHE BINA SEMULA 4 BUAH GT2 RS YANG TENGGELAM DI LAUTAN ATLANTIK

Jika anda masih ingat, dua minggu lalu dilaporkan kapal kargo yang membawa kenderaan Porsche telah terbakar dan tenggelam di lautan Atlantik.

Kapal kargo Grande America tenggelam ke dasar laut selepas kebakaran berlaku pada salah satu kontena kargo yang dibawanya. Kapal tersebut dikatakan membawa sekitar 2,000 unit kereta dan Audi Brazil mengesahkan antara model yang tenggelam bersama kapal tersebut ialah beberapa unit Audi A3, A5, Q7, RS4 dan RS5.

Sumber dari Brazil juga menyatakan yang kapal terbabit membawa 4 unit 911 GT2 RS selain beberapa model lain seperti 718 Cayman, Boxster dan Cayenne.

Produksi Porsche 911 GT2 RS telah dihentikan pada hujung Februari lepas tetapi kini Porsche terpaksa menyambung kembali pengeluaran untuk beberapa pelanggan setia mereka di Brazil.

Porsche dikatakan akan memulakan produksi pada minggu depan. Hanya untuk menghasilkan empat unit GT2 RS yang telah ditempah oleh pelanggan setia mereka.

Ia adalah satu penghargaan yang besar di mana model ini merupakan barisan akhir yang telahpun habis dari barisan pengeluaran Porsche.

Mereka telah mengeluarkan semua alatan, mesin, komponen, barisan pemasangan dan segala yang berkaitan dengan model ini. Bagaimanapun demi menghargai kesetiaan pelanggan mereka, empat unit tersebut dibina semula dan akan dihantar mengikut jadual ke pelanggan mereka di Brazil.

Google ads
Back to top button