
KENAPA LAMBORGHINI TIADA TRANSMISI MANUAL MACAM PORSCHE?
Porsche adalah salah satu daripada beberapa pembuat kereta sport yang bukan sahaja menawarkan transmisi manual seperti 911, tetapi juga membuat untung yang besar dengan pilihan kotak gear ini.
Jika ini “menjadi” untuk Porsche maka mengapa tidak sepupunya jauhnya, Lamborghini? Lagipun, kedua-dua jenama ini berada di bawah payung Kumpulan VW yang semestinya tiada masalah wang dan sumber.
Tidak tuan-tuan. Sebenarnya, ia adalah masalah duit.
Sewaktu temuramah MotoTrend dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini Stefano Domenicali, beliau mendedahkan terdapat usaha untuk menawarkan varian manual Aventador dan Huracan tetapi, sayangnya ia hampir mustahil.
Aventador hanya ditawarkan dengan satu pilihan transmisi sahaja iaitu automatik tujuh kelajuan, tetapi kos untuk menukar kotak gear ini ke dalam manual tidak menguntungkan.
Katakan jika Lamborghini kenakan tambahan USD$25,000 (RM100K) untuk Aventador yang dilengkapi transmisi manual dan hasilkan hanya 200 unit, ini akan menghasilkan untung sekitar USD$ 5juta. Bunyi seperti banyak, kan?
Tak sebenarnya. Jumlah itu langsung tidak balik modal. Tambahan pula, Aventador adalah mesin yang rumit dan aturan mekanikal unik. Lamborghini, atau syarikat Kumpulan VW sendiri tidak mempunyai pilihan transmisi manual yang boleh menampung ciri unik Aventador itu.
Membangunkan transmisi manual baru dari awal, atau juga mencari pembekal lain, langsung tak berbaloi dari sudut perniagaan.
Tapi bagaimana pula dengan Huracan? Lagipun, ia berkongsi asasnya dengan Audi R8, yang sebelum ini menawarkan transmisi manual?
Juga tidak mungkin berlaku.
Transmisi manual lama R8 tidak lagi berada dalam kapasiti pengeluaran. Sekali lagi, kos pengeluaran tidak balik modal.
Dan persoalan terakhir mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Porsche berani menawarkan manual pada model GT3 dan GT3 Touring?

Dua sebab: Pertama, kotak gear enam kelajuan yang digunakan di kedua-dua model sebenarnya adalah kotak gear perlumbaan lama dan telah lama dihasilkan. Tiada kos tambahan diperlukan, oleh itu sebabnya GT3 menawarkan manual sebagai pilihan tanpa kos kepad apengeluar.
Kedua, ialah kadar permintaan yang tinggi. Pada masa ini terdapat lebih 50 peratus permintaan untuk GT3 adalah varian yang dilengkapi transmisi dilengkapi manual.
Kesimpulannya, Porsche boleh membuat ia sebagai satu bentuk perniagaan. Lamborghini tak boleh.