Buletin

TOYOTA HIACE CONVERTIBLE, PROJEK APRIL FOOL YANG CUN

Berita automotif yang keluar pada 1 April memang patut ditapis memandangkan ia adalah hari April’s fool yang entah apa-apa.

Di sebalik sambutan hari mengarut, ada juga bahan daripada pengeluar yang jika dijadikan realiti nampak menarik.

Contohnya HiAce Convertible yang susah payah dilakar oleh Toyota Australia ini.

Katanya HiAce ini dibuat bagi meraikan ulang tahun generasi baharu dan dikeluarkan sebanyak 2,019 unit dan untuk pasaran Australia sahaja.

Jangan main-main, mereka yang melawak di sebalik projek ini mempunyai idea nakal apabila bumbung besi digantikan dengan kanvas.

HiAce soft top ditawarkan untuk kesemua varian baharu iaitu dua tempat duduk long wheelbase (LWB) dan super long wheelbase (SLWB), lima kerusi LWB dan 12 kerusi SLWB Commuter.

Dah alang-alang mengarut, Toyota Australia juga memaklumkan satu aksesori tambahan iaitu oven untuk memasak pie.

Walaupun sekadar lawak jenaka, memang cun sebenarnya jika ada yang berani dan pandai buat modifikasi begini.

Terima kasih Toyota Australia untuk idea bernas dan jangan terkejut jika ada yang menyahut cadangan HiAce Convertible ini.

Google ads
Back to top button