
JOM RAMAI-RAMAI SERBU MITSUBISHI XPANDER VENTURE EVENT. 14-15 JAN 2023. BANYAK AKTIVITI DAN HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!
Datang dan alami pengalaman mengujakan untuk menguji keupayaan crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi XPANDER dalam acara Mitsubishi XPANDER Venture Event.
Ia berlangsung bermula 14 dan 15 Januari 2023 di Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam, Selangor dari 10.00am hingga 6.00pm. Kemasukan adalah PERCUMA. Pengunjung boleh memandu uji XPABER menerusi beberapa laluan mencabar.
Ujian memandu dimulakan dengan cabaran Log & Roll yang membolehkan pemandu merasai sendiri kemampuan sistem suspensi dan keselesaan kabin XPANDER.

Nisbah pusingan XPANDER yang hanya 5.2 meter diuji dalam Agility Challenge. Cabaran itu menunjukkan bagaimana XPANDER begitu mudah untuk dikendalikan terutama di ruang-ruang sempit seperti parkir pusat membeli-belah atau jalan kampung.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menguji Roller Conveyor yang bertujuan membuktikan tahap keselamatan di mana ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control) membantu mengekalkan cengkaman di atas permukaan jalan licin.

Pemandu kemudian dibawa melalui laluan Side Traverse yang direka khas untuk menguji kelincahan dan pengendalian hebat XPANDER.
Cabaran terakhir ialah Devil’s Angle menyaksikan pemandu mengharung air bagi menunjukkan keupayaan XPANDER melalui laluan sukar atau banjir kilat dengan jarak kelegaan tanah setinggi 205mm.

Selain itu, anda boleh menikmati keterujaan berikut:
- Pandu uji dan terima topi Mitsubishi Motors yang eksklusif
- Pandu uji dan peluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti Nintendo Switch, G Shock dan jaket North Face
- Tempah XPANDER atau trak pikap Triton dan terima tumbler Stanley bersaiz 8oz
- Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan selebriti terkenal tanah air seperti
- Sherry Alhadad, 15 Jan (Ahad), 3.00pm
- Sharifah Shahirah, 14 Jan (Sabtu), 12.00pm
- Bell Ngasri, 15 Jan (Ahad), 12.00pm
- Nikmati aiskrim, cotton candy, ice-cream dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pelanggan yang menempah dan mendaftar XPANDER baharu boleh memilih untuk menikmati sama ada kadar bulanan rendah bermula RM798 atau faedah serendah 2.38 peratus menerusi pembiayaan Maybak atau Public Bank.
Pelanggan juga boleh memilih program trade-in istimewa yang menawarkan sokongan sebanyak RM2,000. Ia akan diberikan kepada mereka yang menukar kereta sedia ada dengan XPANDER. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2023 sahaja.
Acara XPANDER Venture bakal berlangsung di lokasi berikut:

GALERI








