
Buletin
NAZA RIA TERBAKAR SEPENUHNYA DI SILK, MANGSA SELAMAT
Seorang wanita hampir maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya terbakar sepenuhnya di hadapan sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).
Menerusi kenyataan pihak Bomba, kereta Naza Ria itu telah terbakar sebanyak 90 peratus ketika sedang bergerak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.03 pagi.
Sepasukan sembilan anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
Mangsa berjaya menyelamatkan diri dan sehingga setakat ini, punca kejadian masih belum didedahkan oleh pihak Bomba. – Utusan TV






