Buletin

JUALAN NISSAN 370Z MELONJAK

Pengedar eksklusif kenderaan jenama Nissan di Dubai dan Utara Emeriah Arab Bersatu, Arabian Automobiles merekodkan kenaikan lebih 750 peratus jualan jentera  berprestasi Nissan 370Z berikutan penyusunan semula harga model tersebut untuk model tahun 2013. 

Kereta sport yang dijana oleh enjin 3.7 liter V6 berkuasa 328hp dijual pada harga bermula AS$37,844 (RM114,551) seunit.

99747_1_5

Harga itu melibatkan ciri-ciri baharu pada 370Z tahun 2013. Misalnya bampar hadapan yang dilengkapi lampu LED, rekaan rim baharu bersaiz 19 ini, angkup brek berwarna merah, kemasan meter berwarna hitam, selain dua warna baru iaitu merah magma dan biru.

99745_1_5
“Lonjakan jualan Nissan 370Z sejak pengenalan harga baru sememangnya luar biasa, terutama untuk sebuah model yang sudah agak lama berada di pasaran.

99748_1_5

“Ia jelas membuktikan bahawa Nissan 370Z tetap mampu menarik perhatian. Di samping faedah yang boleh dinikmati pelanggan apabila membeli kenderaan daripada Arabian Automobiles,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Arabian Automobiles, Salah Yamout. – TradeArabia News Service

[hr] Galeri

99744_1_599749_1_5101193_1_5 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button