PETUGAS AMBULANS DUBAI DEDAH LYKAN HYPERSPORT. PANTAS SIKIT BILA KECEMASAN
Pihak polis Dubai merupakan antara penguat kuasa di dunia yang memiliki pelbagai jentera supercar dan eksotik.
Kini, petugas ambulans pula memiliki supercar Lykan Hypersport yang bakal bertindak sebagai jentera kecemasan.
Jentera baharu itu didedahkan pada Expo 2020 yang diadakan di Dubai dikenali sebagai HyperSport Responder.
Biarpun, ia tidak berupaya mengangkut pesakit tetapi akan digunakan untuk situasi kecemasan lain.
HyperSport Responder mendapat sentuhan warna putih dan merah dipadankan beberapa slogan.
Ia mendapat khidmat enjin 3.7 liter turbocharge yang mampu menjana kuasa mencecah 740 hp.
Jentera itu mampu memecut pada kelajuan 0-100 km/j dalam tempoh 2.8 saat pada kelajuan maksimum 395 km/j.
“Dubai sangat sinonim dengan perkara-perkara unik dan pertama di dunia.
“Pelancaran HyperSport Responder mencerminkan keunikan Dubai sebagai perintis bandar dalam bidang inovatif.
“Kelajuan dan keupayaan jentera dapat mengurangkan waktu respons ketika kecemasan serta memastikan intervensi dapat dilakukan dengan pantas,” kata Ketua Eksekutif Dubai Corporation Perkhidmatan Ambulans, Khalifa Darrai. –carscoops