Buletin

KAPAL KARGO BAWA KAYU TERPUTUS DUA DI PERAIRAN JEPUN. TUMPAHAN MINYAK MEREBAK LEBIH 5KM

Sebuah kapal kargo yang membawa kepingan kayu seberat 44 tan terputus dua selepas terkandas di wilayah utara Aomori, Jepun berdekatan pelabuhan Hachinohe.

Kapal yang berdaftar di Panama itu dikatakan terkandas selepas mengalami masalah stereng. Ia kemudian dibawa oleh arus ke pantai oleh angin kuat. Media melaporkan kapal berkenaan hilang kawalan, namun pemiliknya, NYK LIne menegaskan kapal kargo itu sudah menurunkan sauhnya di bahagian luar pelabuhan berikutan cuaca buruk. 

Insiden tersebut menyebabkan kapal Crimson Polaris yang terkandas sejak Rabu mula menumpahkan minyak. Tumpahan minyak sudah merebak sejauh lima kilometer.

Pasukan pengawal pantai Jepun memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi waktu tempatan. Selepas jam 2.00pm, seramai 21 orang anak kapal warga China dan Filipina berjaya diselamatkan menggunakan helikopter.  

Kapal kargo yang belayar dari Thailand itu dibina pada tahun 2008 dan diuruskan oleh syarikat Misuka Kaiun. 

Pengawal pantai mendapati kapal itu mungkin akan tenggelam dan kini gat melancarkan usaha untuk mencegah tumpahan minyak daripada terus merebak. Pihak berkuasa Jepun sudah menubuhkan pusat krisis untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu. 

Google ads
Back to top button