,
Buletin

KAPAL KARGO BAWA 4,200 KERETA TERBALIK DI PELABUHAN

Sebuah kapal kargo yang membawa kira-kira 4,200 buah kenderaan dilaporkan terbalik di pantai Pelabuhan Brunswick, Georgia dan empat anak kapalnya hilang. 

BACA: LUPA TUTUP PINTU, KAPAL SELAM NUKLEAR ROSAK TERUK

Kapal bernama M/V Golden Ray milik Hyundai Glovis, namun seorang jurucakap Hyundai mengesahkan bahawa tiada sebarang kenderaan Hyundai dibawa di atas kapal. Ia dalam perjalanan ke Asia Barat. 

Untuk sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan, kapal yang menuju ke Baltimore itu tiba-tiba terbalik ke sebelah kirinya. Ketika insiden berlaku, terdapat 23 orang anak kapal dan seorang kapten.

Pasukan Penguatkuasa Pantai Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan 20 orang daripada mereka sebelum menyedari berlaku kebakaran. 

Usaha menyelamat melibatkan dua buah holikopter MH-65 Dolphin dan dua bot. Dalam proses menyelamat yang tegang, kesemua mangsa dilapor berjaya diselamatkan, walaupun empat orang daripada mereka terperangkap selama sehari di dalam kapal. 

Ini bukanlah pertama kali pengeluar kenderan terpaksa berdepan kerugian apabila kapal kargo terlibat dalam kemalangan. Contohnya pada tahun 2006, sebuah kapal kargo dikenali sebagai Cougar Ace terbalik berhampiran Alaska ketika dalam perjalanan dari Asia Amerika Utara. 

Cougar Ace ketika itu dilapor membawa kenderaan Mazda bernilai AS$103 juta (RM429 juta) dan semua 4,703 unit kenderaan itu rosak sepenuhnya. 

Google ads
Back to top button