
KAPAL KARGO BAWA MUATAN 4,000 KENDERAAN KUMPULAN VW TERBAKAR
Sebuah kapal kargo, Felicity Ace yang membawa muatan hampir 4,000 kenderaan Kumpulan Volkswagen terbakar di luar pantai Portugal.
Dalam kejadian terbabit, kesemua 22 anak kapal berjaya diselamatkan Tentera Laut Portugal.
Bagaimanapun, nasib kenderaan yang dipercayai dalam perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) masih menjadi tanda tanya.
Kapal kargo berkenaan berlepas dari pelabuhan Emden, Jerman pada 10 Februari lalu dan dijangka berlabuh di Davisville, Rhode Island, AS pada pagi 23 Feruari ini.
Muatan kapal berkenaan termasuk kenderaan dari jenama Volkswagen, Audi, Lamborghini, Porsche dan Bugatti.
Menurut jurucakap kepada Insider, pihak Kumpulan Volkswagen dimaklumkan berhubung kejadian kapal kargo yang mengangkut kenderaan-kenderaan merentasi Atlantik.
“Buat masa ini, kami tidak mengetahui berhubung sebarang kecederaan dan sedang dalam menyiasat dengan terperinci bersama pihak berkuasa tempatan mengenai insiden terbabit,” katanya.
Kapal tersebut menghantar isyarat kecemasan pada pagi Rabu berikutan berlaku kebakaran pada salah satu bahagian dek kargo.
Naftika Chronika melaporkan anak kapal Felicity Ace telah menaiki bot penyelamat sebelum dibawa sebuah kapal tangki, Resilient Warrrior yang dikendalikan syarikat dari Greece manakala 11 lagi anak kapal diselamatkan sebuah helikopter Tentera Laut Portugal. –carscoops
- BACA: RIVIAN PENGELUAR KENDERAAN KETIGA PALING BERNILAI DI DUNIA. LEPASI VW, BYD DAN GM
- BACA: KAPAL KARGO BAWA KAYU TERPUTUS DUA DI PERAIRAN JEPUN. TUMPAHAN MINYAK MEREBAK LEBIH 5KM
- BACA: KAPAL KARGO BAWA 4,200 KERETA TERBALIK DI PELABUHAN
- BACA: 8 ‘ORANG KUAT’ UKRAINE TARIK KAPAL TERBANG KARGO PALING BERAT DI DUNIA




