Buletin

NORWAY BIKIN KAPAL KARGO ELEKTRIK, SIFAR PELEPASAN KARBON

Syarikat Norway, Yara International membangunkan sebuah kapal kargo autonomi dengan sifar pelepasan karbon pertama di dunia.

Sekiranya berjaya, kapal tersebut akan membuat pelayaran pertama antara dua pekan Norway sebelum penghujung tahun ini dengan tanpa kru kapal.

Pergerakan kapal itu akan dipantau dari tiga pusat kawalan data di darat.

Ia bukanlah kapal kargo autonomi pertama dihasilkan, namun menjadi kapal kontena pertama yang dijana oleh elektrik sepenuhnya.

Kapal dinamakan sebagai Yara Birkeland itu dicipta untuk mengurangkan pelepasan nitrogen oksida dan karbon dioksida.

Industri perkapalan ketika ini bertanggungjawab antara 2.5 dan 3 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global.

Kapal tersebut boleh membawa 103 kontena dengan kelajuan 13 knot, selain menggunakan bateri 7 MWh.

Kapal itu akan dicas di jeti sebelum berlayar ke pelabuhan dan penggunannya boleh ‘menggantikan’ kira-kira 40,000 trak setahun. –Utusan

Google ads
Back to top button