Buletin

TERUSAN SUEZ SESAK, KAPAL KARGO GERGASI HALANG LALUAN

Kapal kargo gergasi tersekat dan menghalang laluan di Terusan Suez di Mesir menyebabkan pergerakan kapal di antara laluan perdagangan paling sibuk dunia itu tergendala.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila angin kencang di kawasan terbabit mengakibatkan kapal berkenaan tersasar dari laluan.

Satu gambar menunjukkan kapal sepanjang 400 meter (m) dan 59 m lebar itu dalam keadaan melintang dan menghalang kapal lain untuk melalui terusan berkenaan.

Menurut laporan Bloomberg, insiden tersebut mengakibatkan lebih 100 kapal perdagangan berdepan aliran sesak untuk berlabuh di terusan itu.

Kapal kargo MV Ever Given tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Rotterdam di Belanda.

Sejak lebih 150 tahun lalu, Terusan Suez menjadi antara laluan perdagangan terpenting dunia, dengan ia memberi laluan kepada 10 peratus kepada perdagangan laluan antarabangsa.

Hampir 19,000 kapal melepas laluan itu pada tahun lalu dengan jumlah berat melebihi 1.17 bilion tan, menurut pihak berkuasa terusan berkenaan.

Ia menyumbang kepada ekonomi Mesir yang perlahan sejak beberapa tahun lalu, dengan pendapatan AS$5.61 billion (kira-kira RM23 bilion) pada tahun lalu. – agensi

Google ads
Back to top button