Artikel Pilihan

5 CIRI TERSEMBUNYI TOYOTA HILUX. PATUTLAH KAKI OFFROAD SUKA

Hilux, DMax, Navara, Ranger, dan Triton adalah beberapa nama model trak pikap yang popular, tapi yang paling popular ialah Hilux. Habitat semulajadi Hilux boleh dijumpai di sekitar kebun Cameron Highland, dalam kebun sawit, menjadi kenderaan rasmi pejabat hutan dan juga di tapak pembinaan.

Selain dari itu, Hilux juga amat digemari oleh pemandu yang suka masuk dan berkhemah di dalam hutan selain menjadi kenderaan pilihan bagi beberapa agensi kerajaan. Jadi kami akan meneliti beberapa ciri tersembunyi yang ada pada Toyota Hilux ini.

1. Ruang Enjin yang luas – ingat Hilux ini amat digemari oleh pemandu yang suka keluar masuk dalam hutan dan berkhemah bersama si Nopal. Dalam hutan, akses kuasa elektrik adalah hampir tiada dan sangat minima. Masalah utama ialah kita terlalu bergantung pada kuasa elektrik untuk pencahyaan, sistem komunikasi dan menghidupkan pelbagai komponen elektronik

Ruang enjin yang luas membolehkan pemandu melakukan modifikasi bagi memasang bateri tambahan khas untuk aksesori tambahan pada Hilux untuk pelbagai tujuan. Dengan ini kita boleh menyimpan kuasa elektrik dengan bateri tambahan dan bateri utama Hilux kekal untuk menghidupkan enjin.

Pemandu tak perlu memasang bateri tambahan dalam kabin yang menyesakkan ruang. Bagi tujuan pendawaian, kotak fius turut menyediakan ruang tambahan bagi memasang aksesori yang diperlukan bagi keluar mengembara

2. Kedudukan rongga kemasukan udara – pesaing yang lain meletakkan rongga kemasukan udara di depan dengan tujuan untuk mendapatkan udara dari bahagian jeriji dan bagus untuk prestasi enjin. Tapi kedudukan sebegini akan mendedahkan kepada habuk jika melalui jalan offroad

Hilux pula mereka rongga kemasukan agar udara diambil dari bahagian tepi fender, lebih terlindung daripada pesaingnya. Kelebihan kedudukan sebegini ialah ia mengurangkan kebarangkalian untuk air memasuki enjin melalui rongga kemasukan udara jika melalui sungai atau banjir. Aksesori seperti snorkel juga lebih mudah untuk dipasang pada kedudukan ini.

3. Turbo tahan lasak – unit turbocaj telah digantikan dengan unit turbo VGT rekaan baru dengan dengan alas bebola besi yang lebih lasak. Penggunaan turbo ini menaikkan kuasa enjin 2800cc sebanyak 26 kuasa kuda, tork bertambah 50Nm, mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 5% serta berupaya menangani lebih banyak tekanan daripada sistem common rail

4. Rekaan bed yang bagus – bagi rekaan Hilux, kedudukan gandar belakang adalah antara 500-550mm dari kabin penumpang. Keadaan ini membolehkan beban yang yang dibawa di ruang kargo (dengan berat maksimum 1000kg) berada 70% di belakang gandar.

Sekiranya berat beban berada dalam julat 80-85% di belakang gandar tayar belakang, overhang yang panjang d ini akan mempengaruhi input pada stering serta memberikan ride&handling yang teruk. Bagi Hilux, kedudukan tayar belakang dibuat supaya hanya 75% beban berada di belakang gandar

5. Mudah melalui jalan offroad – gabungan sistem 4X4 dengan crawl ratio 36.11:1, Auto Limited Slip Differential dan Active Traction Control khas untuk kegunaan 4X4 membolehkan Hilux melalui jalan offroad tidak rata dengan mudah. Gabungan Active Traction Control dan Auto Limited Slip Differential ini sangat bagus, dengancekap memindahkan kuasa enjin pada tayar yang ada cengkaman jalan dengan pantas

Malah Hilux tidak perlu mengaktifkan Rear Differential Lock ketika melalui jalan sukar di laluan offroad sedangkan pesaingnya perlu menggunakan fungsi ini di laluan sukar

Jadi ini adalah antara sebab-sebab rahsia kenapa Hilux jadi pilihan yang paling digemari bagi pemilik yang mahukan kenderaan lasak untuk masuk dalam hutan. Kadang-kadang dari segi luaran, semuanya nampak sama. Tapi perincian kecil sebegini memberikan kelebihan besar pada Hilux

Google ads
Back to top button