Buletin

KEMALANGAN KERETA PANDU SENDIRI-UBER SELESAI LUAR MAHKAMAH, ELAK MAKLUMAT SULIT TERDEDAH

Bulan lalu, berlaku kejadian kemalangan yang paling ditakuti dalam industri automotif moden. Sebuah Volvo XC90, kereta pandu sendiri (autonomi) yang sedang diuji oleh Uber melanggar seorang wanita yang sedang berbasikal di Arizona, Amerika Syarikat.

Ia menggemparkan dunia automotif dan menyebabkan ramai pihak mula mempersoalkan kredibiliti teknologi kereta tanpa pemandu. Umum mengetahui, diseluruh dunia, kereta autonomi adalah ujian teknologi masa hadapan yang sedang giat dijalankan oleh banyak pengeluar kenderaan.

BACA:  PENGHANTAR PIZZA AUTOMATIK PERTAMA DI DUNIA

Kemalangan ini menjadi salah satu kemalangan berprofil tinggi. Mangsa, wanita berusia Elaine Herzberg, 49 tahun terbunuh pada 18 Mac sekitar 10 malam setelah dirempuh kereta Volvo XC90 pada kelajuan 65km/j.

Ketika kemalangan, Herzberg dikatakan sedang berjalan di satu persimpangan dan menyebabkan Uber menggantung ujian di daerah tersebut. Bagaimanapun, ujian di tempat lain masih diteruskan seperti biasa. 

Sementara itu, Toyota dan pembuat cip komputer NVida yang sedang menguji teknologi sama telah menggantung serta-merta semua ujian mereka.

Kemalangan ini mendapat liputan di seluruh dunia dan ia keluarga mangsa telah membawa kes tersebut ke mahkamah.

Bagaimanapun, Uber telah berbincang bersama keluarga mangsa untuk membuat penyelesaian luar mahkamah. Tindakan ini dibuat atas beberapa faktor

  • Perbicaraan mahkamah akan mendedahkan maklumat teknologi pandu sendiri yang sedang dibangunkan oleh Uber. Ia tidak bagus untuk perniagaan mereka.
  • Mengelakkan perbincangan terhadap kes berprofil tinggi.
  • Uber bimbang, sebarang keputusan yang dicapai nanti akan jadi kayu ukur bagi kes-kes lain pada masa akan datang.
  • Uber jelas tidak mahu dipersalahkan dalam hal ini dan sentimen pengguna dipercayai akan mempengaruhi keputusan dan tidak bagus untuk masa hadapan teknologi autonomi.

“Dari sudut perundangan, kes Herzberg ini telah dianggap selesai,” ujar Cristina Perez Hesano, ujar peguam dari firma Bellah Perez in Glendale yang dilantik keluarga mangsa.

Terma penyelesaian tersebut tidak dideahkan kepada umum. Hesano juga memberitahu, anak perempuan dan suami Herzberg yang identitinya dirahsiakan, tidak akan membuat sebarang kenyataan akhbar.

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button