Artikel Pilihan

FORD GT TERBABAS SEWAKTU CUBA MENGEJAR MAZDA MIATA – EHEM EHEM

Mount Horeb, Wisconsin cukup popular bagi warga tempatan kerana mempunyai jalan-jalan berselekoh yang cantik untuk menguji skil pemanduan. Sebab itulah ia menjadi tumpuan kaki-kaki kereta untuk bersiar-siar. Seorang pemandu bagaimana pun tidak berapa bernasib baik kerana terbabas dan jatuh terjerumus ke dalam semak dengan memandu Ford GT!

Macam mana boleh terbabas? Mungkin sebab kurang kemahiran kerana sewaktu kejadian pemandu Ford GT sedang cuba mengejar sebuah Mazda Miata. Semua orang tahu pemandu Miata ni pemandu yang power macam Abang Japar la.

Biasalah orang muda, nampak pemandu lain yang lebih sikit mulalah rasa tercabar. Ego pun mesti tinggi sebab pandu supercar kalau dibandingkan dengan Miata. Macam biasa, pusing kiri pusing kanan terus terbabas.

Dah la pandu kereta milik ayah. Kalau korang macam mana? Mesti ada rasa nak termuntah la, seram sejuk, senggugut sebab takut kena marah kan? Namun mamat ni memang bernasin baik sebab si bapa sedang mengekori dari belakang dengan memandu Corvette ZR-1. Fuh bukan main keluarga ni.

Walaupun terjatuh dari tebing dan berpusing sewaktu kemalangan, kerosakan Ford GT ni agak minima dan tak payah ditunda pun. Kerosakan hanya berlaku pada bahagian skirting sisi dan rim yang dihasilkan dari magnesium tu. Rim tu pun dikatakan rosak sewaktu ditarik naik ke atas jalan.

Nasib baik kan? Ayah pun punyalah sporting. Ye la, orang banyak duit. Cuba kalau B40 macam abang. Naya dik, hutang pun tarik sampai maksima ni.

Lagi satu abang nak pesan, kalau jumpa Miata tu tak payah la nak cucuk-cucuk. Buang masa je. Bukan sebab abang laju sangat tapi abang memang set speed maksima 120 kmj je.

Google ads
Back to top button