Artikel Pilihan

TRAK BOMBA EV MULA DIPERKENALKAN DI ARIZONA – BESAR MANA BATERI AGAKNYA

Walaupun penggemar kereta macam kami ni tak minat mana dengan EV, tidak dapat dinafikan ia semakin popular. Ia mula menarik minat pihak kerajaan dan pihak berkuasa untuk menukar kenderaan-kenderaan jabatan kepada EV. Di AS contohnya, jabatan polis sudah mula membawa masuk EV untuk menggantikan kenderaan ICE mereka contohnya Mustang Mach-E.

Terbaru di Mesa, sebuah bandar di Arizona mula menggantikan trak bomba mereka dengan unit EV. Ya trak bomba tuan-tuan. Sejujurnya kami lebih suka kenderaan yang besar macam ni menggunakan sistem EV kerana ia mempunyai kemampuan membawa bateri yang lebih berkuasa. Kurang la sikit pencemaran sebab enjin trak macam memang bersaiz besar.

Ia dihasilkan oleh E-One dan merupakan model trak bomba EV pertama di Arizona. Ia dikatakan bakal merealisasikan matlamat sifar karbon Mesa menjelang 2025.

Spesifikasi penuh jentera ini tidak dinyatakan tapi E-One menyatakan trak ini mampu menyembur air menggunakan empat hos pada kapasiti 2,839 liter seminit selama empat jam dengan sekali cas penuh. Hebat tu!

Trak ini akan ditempatkan di stesen 221 dan bangunan tersebut sudah dilengkapkan dengan pengecas yang mampu memenuhkan cas baterinya hanya dalam masa tiga jam setengah.

E-One Vector mula diperkenalkan pada tahun 2022 dan menggunakan sistem 800 volt dengan sejumlah pek bateri yang mampu menghasilkan sekitar 327 kWh kuasa. Terdapat juga pilihan dengan enjin disel untuk menambah jarak operasi dan sangat berguna dalam operasi besar seperti gempa bumi dan taufan yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Enjinnya akan dihidupkan secara automatic bila kuasa bateri berada pada paras minima.

Kos trak bomba ini ialah sekitar USD1.4 juta seunit bersamaan dengan sekitar RM6.5 juta! Jangan ingat harga jentera bomba ni murah deh. Versi ICE tu pun dah cecah lebih RM1 juta inikan pula unit EV macam ni.

Google ads
Back to top button