Artikel Pilihan

LYFT HANTAR KAD BERNILAI USD1K KEPADA KELUARGA UBER – PELUANG PEMASARAN KENA LA REBUT

Cubaan mengunakan aplikasi e-hailing seperti Grab dan Uber biasanya semudah ABC sahaja. Tapi lain halnya bagi satu keluarga di AS yang mempunyai nama keluarga Uber. Sama seperti aplikasi Uber.

Setiap kali mereka cuba untuk mendaftar akaun Uber, mereka akan menerima mesej yang berbunyi “nama akhir tidak sah”. Mungkin sebab tak ada seorang pun kakitangan Uber yang menyangka terdapat seseorang di luar sana yang mempunyai nama yang sama dengan syarikat mereka.

Malah ada di kalangan ahli keluarga mereka yang telah mendaftar mendapati akaun mereka telah dihapuskan dengan alasan yang tidak munasabah dan tidak jelas. Susah jugak macam ni.

Tapi ingat ini berlaku di Amerika Syarikat tuan-tuan. Mana ada syarikat yang suka-suka boleh monopoli perkhidmatan seumpama ini. Kuasa media sosial diambil oleh syarikat saingan utama Uber, Lyft untuk masuk campur dan membuat kejutan dengan menawarkan kad hadiah bernilai USD1000 kepada keluarga Uber.

Lyft memuatnaik sekeping gambar gift card di laman medis sosial Thread milik mereka dan meminta ahli keluarga Uber berhubung dengan mereka untuk mendapatkan kat tersebut. Rezeki tu memang tak pernah salah alamat tuan-tuan.

Salah seorang ahli keluarga Uber, Michele Uber segera memuatnaik status dalam akaun media sosial beliau yang berbunyi: “Maaf Uber, kami sekeluarga memilih Lyft.” Best juga kalau dapat rezeki tersepak macam ni.

Bri Reynold pengurus media sosial Lyft menyatakan yang beliau melihat masalah yang dihadapi keluarga Uber sebagai satu peluang untuk membantu dan menyelesaikan masalah mereka. Betul tu, sambil  menyelam minum air kata orang dulu-dulu. Publisiti percuma pun dapat. Bijak betul.

Tak ada ke keluarga kat Malaysia yang ada masalah yang sama.

Google ads
Back to top button