FERRARI F8 TRIBUTO BERKECAI SELEPAS SESI TEH TARIK – TOTAL LOSS GAYANYA NI
Acara yang dinamakan Cars and Coffee kini semakin popular. Alah kalau kat sini biasanya kita panggil TT Session ataupun sesi teh tarik. Masing-masing bawa kereta lepas tu sembang-sembang sambil pekena teh tarik. Biasanya bila bersurai masing-masing mula la nak tunjuk skil yang tak seberapa.
Kalau dalam video memang penuh la dengan rakaman Ford Mustang yang terbabas selepas pekena kopi ni. Tapi kali ini istimewa sikit sebab Ferrari F8 Tributo pun nak join sekaki. Bukan calang-calang terbabas ni sebab nampak bersepai terus tu.
Ia berlaku di Texas sewaktu pemandu ini meninggalkan acara minum kopi dengan cara yang paling bergaya (pada pedapat beliau la). Ia menyebabkan tayar belakang menggelongsor dan terus hilang kawalan dan menghentam dinding penghadang jalan. Sekelip mata je kalau nak rugi ni.
Lokasi kejadian berhampiran dengan Cypress Cars and Coffee, Houston, Taxes. Banyak rakaman video kemalangan ini tersebar tapi setakat ini saluran Youtube Cars Across Texas telah memberikan gambaran sebenar insiden tersebut. Nampak macam meletup pun ada sampai berterabur terus serpihan Ferrari tersebut di atas jalan raya.
Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan ini. Pemandu F8 Tributo itu juga tidak mengalami kecederaan tapi ego beliau memang cedera parah la. Satu dunia beb tengok video ni.
Punca kejadian? Tak payah tanya la kot. Mesti la si pemandu cuba menghiburkan penonton yang sedang menyaksikan kereta-kereta hebat meninggalkan acara tersebut. Mana boleh berlepas dengan cara beshe-beshe kan? Sekali dapat top spot terus dalam carta kemalangan selepas sesi mengopi.
Tambah memilukan menurut sumber pemilik baharu saja membeli Ferrari tersebut beberapa minggu sebelum kemalangan. Tak tahulah nasib F8 ni sama ada boleh baiki ataupun tidak. Tapi kalau dilihat dari mata kasar, rasanya dah total loss ni.
Tapi jangan nak kesian lagi kat pemilik tu sebab khabarnya lagi beliau memiliki dua buah lagi Lamborghini dalam garaj kat rumah. Ooo…kira hartawan miliyanar la ni. Hebat… lepas ni harap boleh masuk kelas pemanduan professional dulu deh.