Buletin

KEMPEN PEMERIKSAAN PERCUMA PROTON SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Bersempena dengan sambutan Hari Raya dan percutian yang akan datang, PROTON Holdings Bhd mempelawa pelanggannya untuk ke mana-mana pusat perkhidmatan PROTON yang diiktiraf pada bulan Jun ini untuk menikmati pemeriksaan keselamatan 20 mata secara percuma. Sama seperti musim-musim perayaan yang lalu, Syarikat dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (“PDB”) sekali lagi membawa perkhidmatan ini dengan lebih dekat kepada pelanggan di beberapa Stesen PETRONAS terpilih sebagai sebahagian daripada Kempen PETRONAS Coffee Break.

Berikutan dengan maklum balas positif yang diterima daripada pelaksanaan pusat-pusat pemeriksaan mudah alih sebelum ini, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (“LITRAK”) juga telah mendekati PROTON untuk membuka stesen mudah alih di lokasi mereka untuk pengguna Proton yang akan menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (“LDP”).

Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 – 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Khemah bagi pemeriksaan mudah alih PROTON juga akan ditempatkan di 5 stesen PETRONAS yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma:

  • 20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang  – Pusat Bandar o Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)
  • 21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang – Arah Utara Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah Arah Selatan o Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan Arah Pantai Timur o Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang o Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan PROTON di seluruh negara di mana pemilik Proton dipelawa untuk datang ke mana-mana pusat perkhidmatan PROTON yang diiktiraf untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma sebelum mereka memulakan perjalanan yang jauh. Perkhidmatan mudah alih pula merupakan kemudahan tambahan untuk pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka untuk diperiksa. Lokasi mudah alih telah dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian bagi pengguna untuk singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung.

Pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma ini termasuk pemeriksaan ke atas bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah. Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, pemilik Proton juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

PROTON percaya bahawa kempen keselamatan ini boleh membantu dalam menyumbang ke arah kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan serta memberi peluang untuk mendidik dan mengutamakan keselamatan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan. Dengan ini, semua pengguna jalan raya akan tiba dengan selamat di destinasi percutian mereka.

 

Google ads
"
"
Back to top button