Buletin

KERETA IDAMAN RICHARD HAMMOND – FORD RANGER WILDTRAK!

Sebagai seorang selebriti yang sudah pun merasai pelbagai jenis kenderaan atas muka bumi ini, insan seperti Richard Hammond mempunyai sebuah kereta idaman yang tersendiri.

Dalam video Drivetribe yang terbaharu, Richard baru-baru ini berkongsikan tujuh perkara yang menarik berkenaan kereta terbaharu yang menjadi idaman, atau lebih tepat lagi sebuah trak – Ford Ranger Wildtrak.

Selain daripada rupa paras yang menarik dan semua orang di kawasan perkampungan sememangnya memandu sebuah trak, bagi Richard Ford Ranger merupakan sebuah trak yang berkeupayaan untuk membawa atau menunda muatan, mempunyai teknologi yang terkini dan mempunyai transmisi 10 nisbah kelajuan.

Kenapa pula dengan transmisi tersebut?

Ini kerana sejak kecil beliau sememangnya mahukan sebuah basikal yang mempunyai 10 nisbah kelajuan. Bagi yang telah lama mengikuti perkembangan Richard Hammond sudah pasti akan tergelak dengan penerangan beliau tersebut.

Namun, ada satu perkara yang tidak digemari oleh beliau berkenaan trak tersebut – ia masih sebuah trak.

Menurut Richard, beliau mendapati ruang kargo yang ada pada Ford Ranger adalah terlalu besar untuk perjalanan yang ringkas seperti pergi ke kedai membeli barangan yang kecil.

Google ads
Back to top button