Buletin

FORD BAKAL PASANG DAN JUAL RANGER GENERASI KELIMA DI CHINA

Setelah melancarkan Ford Ranger generasi kelima untuk lebih 100 pasaran global pada 2021, model berkenaan dijangka bakal dipasang serta dijual di pasaran China tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat semasa Auto Shanghai 2023 baru-baru ini namun tiada perincian mendalam mengenai trenkuasa serta harga.

Laporan menyatakan bahawa model Ford Ranger generasi kelima untuk pasaran China dikuasakan oleh pilihan enjin petrol serta diesel.

Pilihan tersebut terdiri daripada enjin pengecas turbo EcoBoost 2.3 liter dan EcoBoost V6 3.0 liter manakala kuasa diesel dijana oleh enjin penyalaan mampatan 2.0 serta 3.0 liter (bergantung pada spesifikasi).

Trenkuasa itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan atau automatik 10 kelajuan.

Di Auto Shanghai 2023, Ford turut memperkenalkan model Explorer Timberland untuk pasaran China selain mempamerkan Bronco, di mana ia dilancarkan secara rasmi dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Google ads
Back to top button