" "
Buletin

TOYOTA BAKAL HADIR DENGAN VAN KOMERSIAL BESAR DI EROPAH, REBADGE MODEL STELLANTIS

Syarikat automotif Jepun Toyota akan bekerjasama dengan Stellantis untuk menghasilkan sebuah van komersial besar untuk pasaran Eropah, sekaligus mengembangkan lagi kerjasama yang telah terbentuk sebelum ini.

Van komersial saiz besar itu akan dihasilkan oleh Stellantis di Gliwice, Poland dan Atessa, Itali, di mana ia sebenarnya merupakan ‘kembar’ kepada model Stellantis seperti Fiat Ducato, Citroen Jumper, Peugeot Boxer, Opel/Vauxhall Movano dan RAM ProMaster.

Sebelum ini, Toyota telah bekerjasama dengan Stellantis untuk model van komersial saiz pertengahan (ProAce) pada tahun 2012 dan van kompak (ProAce City) pada tahun 2019.

Berdasarkan kerjasama yang terjalin, besar kemungkinan model van komersial besar ini akan berkongsi majoriti panel badan dan rekaan ruang dalaman dengan model-model Stellantis, di mana bahagian seperti rekaan gril dan bampar mungkin akan berubah mengikut bahasa rekaan Toyota.

Menurut Presiden dan CEO Toyota Motor Europe, Matt Harrison berkata, “kami amat teruja untuk mengembangkan lagi kerjasama sedia ada menerusi pengenalan van komersial baharu bersaiz besar.

“Langkah ini melambangkan penambahan yang sangat penting dan melengkapkan lagi barisan kenderaan komersial ringan untuk pelanggan Toyota di Eropah.

Google ads
Back to top button