
THE GRAND TOUR EPISOD EUROCRASH BAKAL TAYANG 16 JUN DI AMAZON PRIME
Rancangan televisyen The Grand Tour akan muncul semula pada bulan depan, menampilkan trio jejaka terkenal Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.
Episod khas yang dinamakan sebagai Eurocrash itu akan ditayangkan secara rasmi di Amazon Prime Video pada 16 Jun, di mana ketiga-tiga sahabat itu mengembara di sekitar Eropah Tengah.
Pemilihan kereta juga agak unik.

Richard Hammond akan mengemudi sebuah Chevrolet SSR, sementara Jeremy Clarkson pula akan memandu sebuah Mitsuoka Le-Seyde yang dibangun menggunakan Nissan Silvia S13 sebagai asas.
Sementara James May pula memandu sebuah convertible Crosley dari era lewat 1930-an.
Menurut laporan The Sun, rancangan khas Eurocrash itu akan menampilkan kisah pengembaraan 1,400 batu dari Poland ke Slovenia, dan dalam masa yang sama singgah di Slovakia dan Hungary.

Era The Grand Tour mungkin akan tamat lebih awal yang dijangkakan.
Ini kerana awal tahun lepas, terdapat laporan di mana Clarkson tidak mempunyai sebarang program baharu yang akan disiarkan di Amazon Prime Video selepas tahun 2024. – Motor1








