
RICHARD HAMMOND TUNGGANG UJI ZXMOTO 820RR DI CHINA
Selebriti automotif terkenal, Richard Hammond, mencuri tumpuan di media sosial apabila memuat naik beberapa gambar dan video di China.
Berdasarkan perkongsian tersebut, Hammond dilihat berada di Shanghai Tianma Circuit bagi menguji model ZXMoto 820RR.

Selain Hammond, turut kelihatan adalah pengasas ZXMOTO, Zhang Xue.
Menariknya, turut kelihatan sebuah jentera Ducati Panigale V4 yang barangkali diletakkan sebagai benchmark bagi membandingkan dengan prestasi 820RR.

Untuk rekod, model 820RR mencuri tumpuan apabila mampu memberi saingan di pentas WorldSSP sehinggakan berjaya memenangi Race 1 dan Race 2 ketika pusingan kedua di Portugal.
Meskipun lebih dikenali sebagai selebriti empat roda dengan rancangan popular seperti Top Gear dan The Grand Tour namun Hammond juga merupakan peminat dua roda.

Dia juga pernah berkongsi koleksi motosikal yang dimilikinya menerusi laman YouTube DRIVETRIBE.






