Buletin

FORD RANGER 2026 RASMI DILANCARKAN – HARGA MULA RM145K

Sime Darby Auto ConneXion-Ford memperkukuhkan lagi penawaran trak pikapnya di Malaysia menerusi pelancaran rangkaian Ford Ranger iaitu Ranger Platinum, Ranger Sport dan Ranger XL.

Pelancaran itu hadir ketika jumlah Ford Ranger Generasi Baharu yang berada di jalan raya Malaysia melepasi 24,000 unit sejak diperkenalkan pada 2022, sekali gus mencerminkan penerimaan positif terhadap model berkenaan dalam kalangan pengguna tempatan.

Spesifikasi Utama Ford Ranger:

Ford Ranger Platinum

  • Enjin diesel V6 Turbo 3.0 liter.
  • Kuasa maksimum 250PS.
  • Tork 600Nm.
  • Transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Rim aloi 20-inci.
  • Warna eksklusif Acacia Green.
  • Tempat duduk kulit dengan fungsi pemanas dan pengudaraan.
  • Sistem audio Bang & Olufsen lapan pembesar suara.

Ford Ranger Sport

  • Pilihan enjin V6 Turbo Diesel 3.0L atau Turbo Diesel 2.0L.
  • Gril hitam berciri sporty.
  • Rim aloi 18-inci.
  • Kluster instrumen digital.
  • Tempat duduk dwitona.
  • Varian 3.0L menggunakan sistem pacuan empat roda sepenuh masa.
  • Varian 2.0L menggunakan sistem pacuan empat roda separuh masa.

Ford Ranger XL

  • Direka khusus untuk kegunaan komersial dan perniagaan.
  • Rekaan lasak dengan rim tahan lasak.
  • Ruang kargo praktikal.
  • Enam beg udara.
  • Dilengkapi teknologi keselamatan dan ciri sambungan moden.

Ford Ranger menawarkan keupayaan lasak dengan kapasiti muatan sehingga 1,000 kilogram, keupayaan menunda beban sehingga 3,500 kilogram serta kebolehan meredah air sedalam 800 milimeter.

Model ini turut dipadankan dengan transmisi automatik SelectShift 10-kelajuan, sistem pacuan empat roda elektronik (ESOF) dan kotak pindahan elektromagnetik (EMTC) bagi memastikan prestasi serta kawalan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Dari aspek keselesaan dan teknologi, Ranger dilengkapi skrin sentuh bersaiz 12-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, penyaman udara dwi zon serta sehingga empat port pengecas USB.

Selain itu, trak pikap ini turut dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemandu pintar dan mod pemanduan Ford untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, selamat dan yakin.

Beralih pada harga, perincian adalah seperti berikut;

  • Ranger Platinum 3.0L: RM205,888
  • Ranger Sport 3.0L: RM159,888
  • Ranger Sport 2.0L: RM145,888
  • Ranger XL: RM127,888

Sebagai promosi sempena pelancaran model-model baru ini, pelanggan yang membeli Ranger XL dan Ranger Sport 2.0L selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 akan menerima Ford Front HD1080p Dashcam secara percuma, manakala pelanggan yang membeli Ranger Sport 3.0L dan Ranger Platinum 3.0L akan menikmati Pelan Perkhidmatan Lanjutan Asas (Basic Extended Service Plan, ESP) selama dua tahun secara percuma.

Selain memperkenalkan model baharu, Ford turut mengukuhkan rangkaian selepas jualannya menerusi pembukaan Hab Alat Ganti di Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka mempercepatkan bekalan komponen kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak. Hab itu akan memulakan operasi secara berperingkat mulai 27 Julai ini.

GALERI:

Ranger Platinum

Ranger Sport

Ranger XL

Google ads
Back to top button