Buletin

KERETA LAGI KOTOR BERBANDING TANDAS – KAJIAN

Jika korang jenis yang suka makan dalam kereta, cuba fikir semula.

Ia berikutan satu kajian baharu menunjukkan kenderaan boleh menjadi lebih kotor berbanding tandas biasa

Para penyelidik Biosains Universiti Aston telah mengambil sampel daripada dua tandas dan lima kenderaan termasuk satu kenderaan berusia dua tahun.

Kajian tersebut mendapati sampel setiap kenderaan terbabit mengandungi bakteria fecal pada bahagian belakang dan merupakan kawasan sama orang ramai menyimpan barangan runcit mereka.

Bukan itu sahaja, bakteria fecal berkenaan turut didapati pada bahagian pemandu.

Selain dua bahagian berkenaan yang masing-masing ‘menempatkan’ 1,425 dan 649 bakteria, bahagian gear turut mencatatkan 407 bakteria.

Ia diikuti pada bahagian tempat duduk belakang dan papan pemuka.

Apa yang mengejutkan, bahagian stereng merupakan kawasan paling bersih dalam kenderaan melalui kajian dijalankan itu.

Ia kemungkinan disebabkan para pemandu banyak menggunakan sanitasi tangan ketika pandemik melanda dunia.

Selain itu, kajian berkenaan juga mendapati kenderaan lama ‘mengumpul’ lebih banyak bakteria berbanding kenderaan baharu.

Dr. Jonathan Cox memberitahu orang ramai perlu ingat bahawa tidak semua kotoran boleh dilihat dengan mata kasar.

Justeru, beliau berkata orang ramai perlu berusaha memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih. – carscoops

Google ads
Back to top button