Buletin

FORD FIESTA KOTOR SANGAT, REMAJA DILARANG AMBIL UJIAN MEMANDU

Seorang remaja dari Morningthorpe, Norfolk, England dilarang daripada mengambil ujian memandu disebabkan keretanya terlalu kotor.

Remaja terbabit, Leo Sargent, yang menunggu selama beberapa bulan untuk mengambil ujian itu melahirkan rasa kecewa selepas tenaga pengajar di pusat memandu di Peachman Way, Norwich, membatalkannya atas alasan keretanya kotor dengan lumpur.

Menurut ibunya, Jane Sargent, 55, dia sudah mencuci kenderaan model Ford Fiesta berusia 14 tahun itu pada 4 Disember lalu sebelum ke pusat terbabit.

“Terdapat sedikit lumpur pada bahagian bawah kenderaan apabila kami tiba di pusat itu, tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana kami tinggal di ladang.

“Saya sempat merayu kepada tenaga pengajar itu untuk membersihkan semula kereta itu, tetapi mereka tetap membatalkan ujian itu,” katanya.

Dia meminta pemulangan yuran ujian memandu bernilai £62 (RM337), namun tidak terlalu berharap dapat kembali.

“Buat masa ini, tiada tempat terdekat di Norwich menyediakan pusat memandu untuk Leo menjalani ujiannya.

“Jadi, saya memutuskan menghantarnya di Lowestoft, Suffolk.

“Saya harap dia tidak mengambil masa lama untuk menjalani ujian itu,” katanya. – agensi

Google ads
Back to top button