Buletin

SIRIH PULANG KE GAGANG, GULF KEMBALI BERSAMA MCLAREN!

Satu daripada grafik atau skema warna yang terkenal di dalam sukan permotoran ialah biru muda dan oren minyak Gulf dan kereta McLaren.

Warna tersebut menangkap mata biar pun digunakan pada kereta massa di jalanan.

Hubungan Gulf dan McLaren bermula pada tahun 1968 sehingga tahun 1973 dan terlibat di dalam pelbagai perlumbaan seperti Formula 1 dan siri Can-AM dengan lebih 40 kemenangan dicapai. 

Satu lagi gandingan ialah pada perlumbaan Le Mans 24 Jam era 90-an dengan jentera McLaren F1 GTR. Hubungan dua jenama ikonik itu kemudian bersatu semula pada Julai 2020.

Sejak itu ada beberapa model istimewa yang dikeluarkan iaitu McLaren Elva Gulf dan 720S yang kedua-duanya menyerlah dalam warna biru muda dan oren.

Dua model tersebut adalah lambang kerjasama kedua-dua syarikat dengan kesemua model McLaren Automotive diisi minyak pelincir Gulf.

Terbaru, minyak Gulf Formula Elite dipilih sebagai pelincir isian pertama untuk kesemua kereta super dan kereta hiper keluaran McLaren Automotive.

Minyak pelincir sememangnya penting dan tidak semua sama. Perbezaan utama ialah pada formula dan bahan aditif yang digunakan.

Untuk projek ini, kakitangan teknologi Gulf dan McLaren Automotive telah bekerjasama bagi membangunkan dan menguji pelincir yang dapat memberikan perlindungan mutlak kepada enjin V8 dan V6 McLaren yang berprestasi tinggi sehingga dalam keadaan ekstrem untuk memberikan prestasi yang baik.

Seperti yang dikatakan, tidak semua minyak pelincir itu sama.

Pelincir Gulf Formula Elite menggunakan Teknologi Thermoshield dengan menghasilkan satu lapisan perlindungan pada bahagian komponen enjin yang kritikal.

Pelincir ini berupaya mengekalkan suhu optimum dengan melesapkan haba, mencegah penurunan kualiti minyak dan membantu mengawal kotoran atau deposit.

BACA: McLaren 765LT SPIDER, LAJU DAN STANDARD TANPA PENGHAWA DINGIN!

BACA: McLAREN 620R DENGAN R PACK, 0-100 KM/J = 2.9 SAAT!

BACA: EDISI TERHAD McLAREN SABRE. KUASA 824 HP, TORK 800 NM. 15 UNIT SAHAJA!!!

Google ads
Back to top button