Buletin

SPICEJET TERPAKSA MENDARAT SEBAB TANDAS BUSUK. SIAPA BUAT HAL NI?

Penerbangan SpiceJet dari Bengaluru, India terpaksa mendarat di Hyderabad berikutan bau busuk yang dipercayai berpunca dari tandas berdekatan kokpit pesawat.   

Ketika kejadian, terdapat 184 penumpang dan empat bayi di dalam pesawat Boeing 737 apabila juruterbang memutuskan melakukan pendaratan tidak berjadual di Lapangan Terbang Hyberabad.

“Pesawat SipceJet dari Bengaluru ke Delhi dialihkan ke Hyderabad kerana bau busuk dari tandas hadapan yang telah memasuki bahagian kokpit.” kata jurucakap penerbangan.

Bagaimanapun, jurucakap tidak memperinci punca bau busuk tersebut.

Menurut syarikat penerbangan itu lagi, bahagian tandas dan kokpit telah dibersihkan serta diudarakan di Hyderabad.

Pesawat berlepas ke Delhi selepas tergendala selama hampir satu jam. – agensi.

Google ads
"
"
Back to top button