Buletin

3,900 KENDERAAN KOTOR KENA TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI SHARJAH

Pihak berkuasa Sharjah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil tindakan terhadap lebih 3,911 kenderaan kotor dalam tempoh enam bulan pada tahun ini.

Tindakan berkenaan dilakukan sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan penampilan bandar tersebut.

Beberapa pemilik kenderaan turut diberi amaran membersihkan kenderaan mereka untuk membendung daripada dirampas pihak berkuasa.

Majlis Perbandaran Sharjah (SCM) mengingatkan semua penduduk untuk tidak meninggalkan kereta mereka di tempat letak kendera­an berpasir yang dikenali sebagai parkir kacha.

“Kenderaan terbengkalai itu amat menyakitkan mata dan menjejaskan penampilan bandar ketika ia menjadi kotor,” jelas SCM.

Anggota pemeriksa juga merampas kenderaan yang tidak mempunyai plat nombor.

Ketua jabatan kawalan kebersihan bandar di SCM, Mohammed Al Kaabi berkata, pihaknya mengadakan program kesedaran secara kerap untuk mencegah orang ramai mengabaikan kenderaan mereka dan meninggalkannya di kawasan dan jalan yang kotor.

Mohammed juga menggesa penduduk menjaga dan membersihkan ken­deraan mereka bagi mengelakkan daripada dikenakan denda dan dirampas. – khaleejtimes

Google ads
Back to top button