
TOYOTA FORTUNER DIBIKIN MILIKI TANDAS DUDUK
Toyota Fortuner merupakan antara model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang cukup popular di negara India.
Ia berikutan kenderaan tersebut menawarkan tiga aspek menarik dalam pasaran iaitu kebolehpercayaan, mampu digunakan sebagai kenderaan off-road dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Bahkan, ramai yang melakukan modifikasi terhadap jentera berkenaan sehingga menjadi perhatian di alam maya.
Terbaharu, klip video Revokids Vlogs memaparkan model Toyota Fortuner versi Facelift (2021) varian diesel yang memiliki ruangan unik pada bahagian belakang.
Keunikan ruangan tersebut adalah ia menempatkan sebuah tandas duduk!
Projek modifikasi itu dilakukan tuner Ojes Garage dan aspek luaran SUV itu kekal standard kecuali bahagian roda yang kini menggunakan tayar 18 inci BF Goodrich AT.
Salah satu kerusi di barisan ketiga ditanggalkan untuk dijadikan ruang membina tandas.
Tidak sukar memasuki tandas tersebut, hanya melipat kerusi barisan kedua terlebih dahulu.
Selain itu, terdapat tangki air disediakan malah air tidak akan tertumpah apabila meredah permukaan jalan off-road.
Pihak media tempatan mendakwa, kemungkinan besar Fortuner terbabit merupakan yang pertama memiliki tandas sendiri. – cartoq
- BACA: TOYOTA LANCAR AGYA GR SPORT DI INDONESIA. AXIA VERSI SPORTY, BERMULA RM45K
- BACA: TOYOTA BRAZIL TERIMA JAGUNG DAN KACANG SOYA UNTUK MILIKI HILUX
- BACA: TOYOTA PERTAHAN PENGELUAR AUTOMOTIF PALING LARIS DUNIA. JUALAN 5.47 JUTA UNIT KENDERAAN SEPARUH PERTAMA 2021
- BACA: FAKTA PENJAGAAN TOYOTA WISH SEPET. AE20 2009