
TERPIJAK PEDAL MINYAK, TUKANG MASAK MAUT DILANGGAR PROTON SAGA
Seorang tukang masak maut selepas sebuah kereta yang dipandu lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan di Jalan Batu Sinar, Kampar, Perak hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa, seorang wanita, Wong Kwai Yung, 59, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, seorang lagi tukang masak, Sek Loow See, 50, mengalami kecederaan ringan di bahu dan kaki.
Siasatan mendapati pemandu kereta Proton Saga dengan seorang penumpang sedang memandu untuk masuk ke kotak parkir di hadapan kedai makan untuk membeli makanan. Malangnya, pemandu berkenaan terpijak pedal minyak menyebabkan kenderaan itu terlajak.
Kereta itu kemudian merempuh dua mangsa yang sedang memasak di gerai di kaki lima hadapan kedai.
Mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Kampar. Sementara proses bedah siasat mayat seorang lagi mangsa dilakukan pada waktu petang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Astro Awani
- BACA: WANITA PANDU HONDA CIVIC LAWAN ARUS DI PERAI. LANGGAR 2 KERETA DAN 1 MOTOSIKAL
- BACA: SEDAP B*D*H! LEPAS TU LANGGAR PAIP BESI. HARAP YANG TERLIBAT BAIK-BAIK SAHAJA
- BACA: FORD FIESTA LANGGAR BELAKANG LAMBORGHINI AVENTADOR SV, PEMANDU TERUS LARIKAN DIRI
- BACA: ITC AMERIKA SIASAT VW. DIDAKWA LANGGAR PATEN TEKNOLOGI TERRAIN RESPONSE MILIK JAGUAR LAND ROVER