Buletin

KRISIS EKONOMI: TENTERA LUBNAN TAWAR NAIK HELIKOPTER ROBINSON R44

Tentera Lubnan menawarkan perkhidmatan menaiki helikopter jenis Robinson R44 kepada orang awam dan pelancong merasai pengalaman negara terbabit dari ruang udara.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web tentera itu, orang awam dan pelancong diberi peluang menaiki helikopter tersebut untuk menyaksikan Lubnan dari ruang udara selama 15 minit.

Seramai tiga penumpang sahaja dibenarkan menaiki helikopter itu dengan bayaran dikenakan kira-kira AS$150 (RM623.17) dan ia perlu dibayar dalam bentuk wang tunai.

Perkhidmatan itu dibuka kepada mereka yang berusia tiga tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menaiki helikopter itu mulai Khamis ini.

Mereka yang berminat perlu mengisi borang terlebih dahulu dan memperinci kawasan ingin dikunjungi.

Lubnan dilanda krisis ekonomi dan kewangan paling teruk dalam beberapa dekad diramalkan bank dunia sebagai salah satu terburuk pernah dialami dunia selama lebih dari 150 tahun.

Ia bukan sahaja menjejaskan orang awam dan ekonomi tetapi turut terjejas merupakan pasukan tentera negara terbabit.

Krisis berkenaan menyebabkan nilai gaji askar-askar negara itu semakin berkurangan secara mendadak. –arab news

Google ads
Back to top button