Buletin

KERETA TERBANG AIRCAR LAKUKAN PENERRBANGAN SELAMA 35 MINIT

Prototaip kereta terbang, AirCar membuat penerbangan 35 minit antara dua lapangan terbang antarbangsa di Nitra dan Bratislava, Slovakia.

Kereta terbang yang mendapat khidmat enjin BMW dan sistem pam bahan api kereta biasa itu dikatakan mampu terbang sejauh 1,000km pada ketinggian 2,500 meter.

Sehingga kini, AirCar sudah melakukan pernerbangan selama 40 jam di udara dan mencecah altitud 2,499 meter.

Pencipta AirCar, Profesor Stefan Klein berkata, kereta terbang itu memerlukan 2 minit 15 saat untuk bertukar menjadi pesawat terbang daripada bentuk kereta.

Kelajuan penerbangan ialah 170km/j dan peswat itu mampu membawa dua penumpang dengan berat badan keseluruhan 200kg.

Menurut pengeluar AirCar, Klein Vision, kos membangunkan prototaip itu bernilai £1.7 juta (RM8.4 juta) dengan mengambil masa kira-kira dua tahun disiapkan.

Penasihat dan pelabur Klein Vision, Anton Rajac optimis syarikat itu mampu menarik sebahagian pasaran jualan teksi udara atau penerbangan global. –BBC/ carscoops

Google ads
Back to top button