Buletin

NEW HAMPSHIRE LULUS UNDANG-UNDANG KERETA TERBANG. DAH MACAM KARTUN JETSON NI

New Hampshire menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang baharu dalam membenarkan kereta terbang menggunakan jalan raya.

Bagaimanapun, kebenaran hanya membolehkan ia digunakan dalam kecemasan bukan sebagai landasan kereta terbang.

Undang-undang Jetson (Jetson Law) memperuntukkan perundangan kenderaan bermotor untuk kereta terbang yang direka memiliki sayap dan rotor tetapi boleh dipandu seperti kereta biasa.

Di sebalik idea kelulusan undang-undang itu, adalah menjadikan pengangkutan penerbangan lebih mudah kerana pemilik kereta terbang boleh menyimpan kenderaan di rumah malah menggunakan sebagai kenderaan di jalan raya.

Dalam pada itu, mereka boleh menggunakan kereta terbang untuk pergi ke lapangan terbang menggunakan jalan raya sekali gus memudahkan pengguna agar tidak perlu menyimpan di hangar.

“Ini merupakan peristiwa penting, kelulusan peruntukkan undang-undang ini akan menjadi peneraju kepada pemimpin-pemimpin baharu era teknologi pengangkutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Samson Sky, Sam Bousfield kepada Union Leader.

 Undang-undang terbaharu ini mewajibkan kereta terbang mendaftar di bawah FAA untuk mendapatkan nombor plat.  Bagaimanapun, ia tidak memerlukan ciri-ciri kelengkapan keselamatan seperti kereta penumpang.

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi memperinci kajian tentang penggunaan kereta terbang di jalan raya.

Sejak tahun lalu, Terrafugia mula menguji jenteranya di Lapangan Terbang Nashua. PAL-V pula mempunyai pejabat berhampiran Lapangan Terbang Manchester.

Model Switchblade dianggarkan pada harga AS$120,000 (RM 502,860) manakala jentera PAL-V AS$400,000 (RM1.6 juta). – agensi.

Google ads
"
"
Back to top button