Buletin

SKYDRIVE UJI KERETA TERBANG ADA PILOT. NI BARU KERETA TERBANG

Syarikat Jepun, SkyDrive yang merupakan antara beberapa projek ‘kereta terbang’ di dunia telah melakukan penerbangan ujian dengan satu orang di dalam jentera tersebut.

Rakaman video menunjukkan sebuah kereta terapung di udara selama beberapa minit.

Ketua Projek SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa berkata dia berharap jentera tersebut dapat dibangunkan dalam tempoh tiga tahun dan digunakan pada kehidupan sebenar.

Begitupun, dia menyedari agak kritikal untuk memastikan ia selamat digunakan dalam dunia realiti.

“Lebih daripada 100 projek kereta terbang di dunia tidak banyak yang berjaya dalam ujian apabila terdapat orang di dalamnya.

“Saya harap ramai yang ingin menaikinya dan berasa selamat. Ia hanya boleh terbang dalam tempoh lima dan 10 minit tetapi dijangka mampu berada di udara sehingga 30 minit.

“Ia sekali gus memberi potensi terhadap produk ini dan pengeluar berharap dapat eksport ke negara China,” katanya.

Dari segi prinsip, , kenderaan evtol (electric vertical takeoff and landing) menawarkan pengangkutan pantas dari satu titik ke titik lain. Ia sama sekali berbeza jika dibandingkan dengan kapal terbang dan helikopter.

Menurut pengeluar evtol, para pengguna boleh mengelak kesesakan lalu lintas, kesukaran di lapangan terbang dan kos juruterbang.

Bagaimanapun, ia merupakan cabaran besar untuk produk ini dikomersialkan termasuk saiz bateri dan kawalan trafik udara.

Profesor Institut Robotik Carnegie, Universiti Mellon, Sanjiv Sigh berkata banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memastikan evtol berfungsi dengan sempurna.

“Kalau ia menelan belanja AS$10 juta, tidak ada orang yang akan membelinya. Jika mampu terbang selama lima minit, tiada orang akan membelinya.

“Bahkan, jika ia kerap jatuh dari langit, tiada yang yakin dan ingin membeli evtol,” katanya yang terlibat dalam pembangunan evtol.

Projek SkyDrive bermula sebagai projek sukarelawan bernama Cartivator pada tahun 2012. Ia dibiayai syarikat terkemuka Jepun seperti Toyota, Panasonic dan Bandai Namco.

Kerajaan Jepun yakin kereta terbang dapat beroperasi dan menyusun road map agar ia digunakan dalam perkhidmatan perniagaan menjelang tahun 2023. Ia akan diperluaskan dalam sektor komersial pada 2030 kelak. – metro

Google ads
Back to top button