Artikel Pilihan

BMW M4 TERBANG KE UDARA DI CALIFORNIA – BILA BMW BUAT KERETA TERBANG NI?

Entah kenapa nama BMW naik betul minggu ni. Tapi yang tak seronoknya kerana sekali lagi ia menjadi topik utama berita kemalangan. Kali ini berlaku di Long Beach, California di mana seorang pemandu wanita ditahan polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alcohol (dengan kata lain mabuk).

Dalam kejadian tersebut pemandu wanita itu melanggar sebuah bulatan kecil sekaligus melancarkan BMW M4 yang dipandunya ke udara sebelum ‘mendarat’ dan merosakkan kereta-kereta lain berhampiran.

CBS Los Angeles melaporkan kejadian berlaku pada jam 2.00 hari Khamis lepas namun pemandu wanita terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan. Beliau ditahan pihak berkuasa dengan nilai jaminan USD30,000. USD30,000 tuan-tuan, nampak tak macam mana tegas undang-undang kat sana. Padahal tak melibatkan kematian pun.

Aksi dramatik pemandu wanita berusia 27 tahun tersebut berjaya dirakam sebuah kamera keselamatan. Ia menunjukkan sebuah jentera BMW M4 dipandu laju terus ke arah bulatan kecil di kawasan perumahan tersebut dan terus menghentam sebuah batu perhiasan besar di tengah-tengah bulatan.

Batu tersebut boleh tahan juga cedera selepas terpelanting jauh dan menghentam sebuah kereta seblum jatuh di atas permukaan jalan. BMW M4 itu pula terbang ke udara sejauh hampir 12 kaki sebelum tersadai di sebelah Mazda3 sedan berwarna putih.

Marcelino Ruiz seorang penduduk kawasan kediaman terbabit percaya wanita tersebut memandu dengan kelajuan tidak kurang 112 km/j semasa kemalangan. Dua buah kereta milik Ruiz turut mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut.

Daya hentaman BMW M4 itu selepas melanggar batu sangat kuat sehinggakan ia tercampak jauh sebelum menghentam belakang sebuah Chevrolet Camaro yang diletakkan di tepi jalan mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian belakang.

Video yang dirakam selepas kemalangan menyaksikan pekerja pembersihan, bomba dan polis sedang berusaha membersihkan lokasi kemalangan. BMW terlibat ditunda pergi dan melihat pada keadaannya memang kena scrap la lepas ni.

BACA: BMW M2 COMPETITION ‘CEDERA PARAH’ – SALAH MASUK GEAR PUNYA PASAL

Google ads
Back to top button