Buletin

MACROBAT ‘BURUNG GERGASI’ BUATAN AFRIKA SELATAN

Sebuah syarikat berpangkalan di Afrika Selatan, Phractyl membangunkan kereta terbang yang boleh mendarat dan terbang secara menegak (VTOL) dikenali sebagai Macrobat.

Menurut laporan Daily Star, ciptaan terbaharu itu merupakan kenderaan berkuasa elektrik yang masih dalam peringkat prototaip dibangunkan untuk memudahkan pergerakan manusia pada masa akan datang.

Rekaan kenderaan tersebut kelihatan seperti seekor burung gergasi dan mempunyai sayap  serta ‘kaki’ sama seperti haiwan itu.

Macrobat dilaporkan berupaya untuk terbang sejauh 150 kilometer (km) pada kelajuan 179 km/j. 

Menurut Phractyl, syarikat terbabit serius menjadikan Macrobat  satu realiti dan merancang untuk mula menggunakannya sebagai kenderaan di rantau Afrika.

“Fokus utama kenderaan terbang ini adalah untuk mengatasi  cabaran dalam  sistem pengangkutan yang kritikal di Afrika. 

“Ini termasuk memudahkan pergerakan orang ramai ke kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan darat konvensional,” demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Macrobat boleh dipandu oleh seorang pemandu  atau digunakan sebagai dron melalui sistem kawalan jauh.

Ia boleh digunakan untuk mengambil penumpang atau menghantar kargo.

Bagi jangka masa panjang, Phractyl menyasarkan untuk menjadikan Macrobat sebagai teksi udara untuk tujuan komersial. – KOSMO/autoevolution

Google ads
"
"
Back to top button