
KERETA TERKENA MINYAK, SUKE SEDIA TANGGUNG KOS CUCI DAN GILAP
Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sedia menanggung kos mencuci serta menggilap kenderaan pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang terkesan dengan masalah tumpahan minyak.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter, Suke Expressway sebentar tadi.
Katanya, pihaknya telah menerima beberapa aduan daripada pengguna jalan raya MRR2 berkenaan isu tumpahan minyak di tapak pembinaan Suke berhampiran Bandar Tasik Selatan hari ini.
“Kami memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi kami melalui hotline atau email untuk tindakan selanjutnya.
“Segala kesulitan yang timbul amatlah kami kesali. Terima kasih atas maklum balas anda dan kami komited dalam memastikan pembinaan baki jajaran SUKE yang masih belum siap dilaksanakan sebaik mungkin,” ciapnya.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa apabila kereta Proton Pesona miliknya menjadi ‘mangsa’ tumpahan minyak yang didakwa berpunca dari laluan Suke.
“Baru lepas lalu jalan MRR2, habis kereta kena minyak tumpah dari Lebuh Raya Bertingkat Suke, akhirnya lewat masuk kerja, punca betul,” luahnya. – KOSMO! ONLINE
- BACA: TRAGEDI SUKE. 2 MAUT TERJATUH, SEORANG PARAH PERODUA BEZZA DIHEMPAP BESI KREN LAUNCHER
- BACA: PROJEK SUKE SUDAH 87% SIAP, LEBIH AWAL DARIPADA JADUAL DITETAPKAN
- BACA: FASA PERTAMA SUKE RASMI DIBUKA. TOL PERCUMA SELAMA SEBULAN. KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 36%
- BACA: BERHENTI DI LALUAN KECEMASAN LEBUHRAYA SUKE TENGOK PEMANDANGAN, MYVI KUNING DIREMPUH KAPCAI SUZUKI