Buletin

LELAKI MAUT TERCAMPAK DARI SUKE SELEPAS BERTEMBUNG DENGAN MOTOR LAWAN ARUS

Seorang lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dipercayai maut selepas tercampak jatuh di susur keluar Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, petang tadi.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku selepas mangsa berselisih dengan sebuah motor dari arah bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan tersebut.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 13 saat memaparkan insiden membabitkan seorang penunggang motosikal yang terbabas lalu tercampak jatuh ke bawah sebuah lebuh raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya sedang melakukan siasatan.

“Kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button