
VPCM BAKAL PAMER EV ID.4 PADA ACARA VOLKSWAGEN FEST 2022, 15 & 16 OKT
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini berbesar hati untuk mengumumkan bahawa acara Volkswagen Fest kini kembali untuk kita semua menikmati muzik, budaya dan segalanya tentang Volkswagen.
Bakal berlangsung di Sentul Depot yang bersejarah di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Oktober, festival ini pastinya lebih besar berbanding sebelumnya dengan pelbagai aktiviti disediakan buat peminat Volkswagen dari segenap lapisan masyarakat.
Apa yang paling menarik pasinya prebiu khas jentera elektrik ID.4 yang mana garis aerodinamik yang kemas membuatkannya begitu menyerlah di atas jalan raya.

Memetik laporan Paultan.org, model yang bakal dipertontonkan itu ialah varian Pro. Jentera tu hadir dengan pek bateri lithium-ion 77kWh yang dipadankan bersama motor elektrik pada gandar belakang.
Rangkaian kuasa berkenaan mampu menjana 204PS dan tork 310Nm yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 8.5 saat dengan top speed mencecah 160km/j.
Pek bateri itu mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 520km dengan sekalli caj berdasarkan kepada piawaian WLTP. Pengecasan menggunakan AC Type 2 sehingga 11kW. Manakala pengecasan pantas dengan CCS2 menawarkan kadar maksimum 125kW.
Acara selama dua hari tu membolehkan pengunjung mengimbau kenangan lama menerusi banyak model klasik Volkswagen. Selain menikmati pelbagai persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik hinggalah pameran bola sepak gaya bebas.
Di Volkswagen Driving Academy pula, kanak-kanak boleh mendapatkan lesen memandu pertama mereka.
Pengunjung juga boleh memandu rangkaian model Volkswagen daripada Arteon yang bergaya dan berkuasa, hatch paling menarik iaitu Golf atau mana-mana model daripada keluarga #SUVW Tiguan.
Waktu operasi adalah seperti berikut:
- 10am – 10pm (Sabtu, 15 Oktober)
- 10am – 8pm (Ahad, 16 Oktober)







