Buletin

KIA RIO FACELIFT – RM79,080

Pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, Naza Kia Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran model baharu Rio lima pintu yang telah ditambah baik (facelift).

Print

Rio ialah antara model KIA Motors yang mencatat jualan tertinggi di peringkat global iaitu sebanyak 491,613 unit pada tahun 2014. Model kompak tersebut mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013. Sehingga kini, lebih 3,250 unit Rio telah terjual.

Didatangkan dalam satu varian sahaja, Rio baharu ditawarkan pada harga RM79,080.00 seunit (di atas jalan termasuk insurans dan GST) bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Harga itu adalah sama seperti model sebelum ini.

“Untuk tahun 2015, kami mensasarkan peningkatan jualan kepada 11,000 unit dan Rio baharu akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran tersebut,” kata  Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar.

Kia-Rio-5-Door-mekanika (3)

Model kompak segmen B ini menerima penambahbaikan yang agak signifikan. Antaranya termasuklah rekaan gril hadapan lebih lebar, rim aloi 17 inci, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED.

Bahagian kabin pula menyaksikan perubahan menerusi penggunaan kemasan berwarna hitam berkilat, rekaan panel instrumen mendatar dan sistem audio yang lebih mesra pengguna.

Kia-Rio-5-Door-mekanika (2)

Aspek mekanikal Rio tidak berubah. Ia masih menggunakan khidmat enjin DOHC CVVT bersesaran q.4 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 109PS dan tork 137Nm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Jika berminat, Rio didatangkan dalam empat warna menarik iaitu biru, merah, putih dan perak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button