Motosikal

HONDA AFRICA TWIN KINI KEMBALI!

Honda baru-baru ini mengumumkan kemunculan kembali motosikal pengembaraan ikoniknya, Africa Twin.  

Honda-CRF1000L-Africa-Twin-mekanika (1)

Pengeluar kenderaan berpengaruh dari Jepun itu mula menunjukkan hala tuju pembangunan model tersebut menerusi prototaip True Adventure sewaktu pameran motosikal EICMA pada November 2014.

Honda Amerika juga mengesahkan bahawa jentera CRF 1000L Africa Twin serba baharu bakal berada di pasaran pada awal tahun depan. Jentera itu bermula sebagai model XRV650 Africa Twin yang melakukan debut pada tahun 1989, selepas Honda mencatat kemenangan empat kali berturut-turut dalam pertandingan Rali Dakar.

Honda-CRF1000L-Africa-Twin-mekanika (2)

Africa Twin baharu dikatakan memiliki segala kemampuan XRV650 Africa Twin dan model berikutnya, XRV750.

Buat pertama kalinya, Africa Twin akan menampilkan pilihan teknologi transmisi klac berkembar automatik (DCT) Honda. Kotak gear DCT ini telah dibangun dan diprogram khas untuk membolehkan Africa Twin beraksi cemerlang di laluan off-road.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button