Pandu Uji

AUDI TT GENERASI KE-3

Pertama kali diperkenalkan sebagai sebuah kereta konsep pada acara Frankfurt Motor Show 1995, jentera ini nyata memukau pengunjung yang hadir.

SONY DSC

 

Berikutan maklum balas yang amat positif daripada khalayak, Audi akhirnya menghasilkan coupe Audi TT generasi pertama pada tahun 1998.

SONY DSC

Selepas 20 tahun, Audi kini tampil dengan model TT generasi ketiga. Model ikonik itu dilancarkan oleh pihak Audi Malaysia yang komited untuk membawa Audi menjadi jenama premium pilihan rakyat Malaysia.

Masih mengekalkan reka bentuk asal sebuah TT, jentera baharu ini bagaimanapun memiliki penampilan yang lebih dinamik dan moden. Dilihat dari segi perkadarannya, Audi TT adalah 10mm lebih pendek berbanding model terdahulu. Namun, tapak rodanya telah ditambah sebanyak 37mm.

SONY DSC

Hadir dalam satu varian sahaja (setakat ini), Audi TT dikuasakan  oleh unit enjin 2.0 TFSI empat silinder. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 230hp@ 6,200rpm dan tork puncak 2370Nm @ 4,300rpm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik S tronic enam kelajuan. Hasilnya, ia dapat memberikan penjimatan bahan api sekitar 6.3 liter untuk setiap 100km. Sementara kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 250km/j.

Audi-TT-2015-mekanika (1)

Bahagian luaran coupe ini menyerlah menerusi penggunaan lampu utama jenis xenon yang nipis bersama lampu nyalaan siang LED. Logonya tidak lagi diletakkan pada gril radiator. Sebaliknya ia kini dilekatkan di atas bonet.

Pada bahagian belakang, selain daripada lampu LED, ciri yang menarik perhatian pastinya spoiler yang boleh dinaik dan diturunkan bagi meningkatkan lagi aspek cengkaman kenderaan.

Audi-TT-2015-mekanika (10)

Audi menamakan bahagian dalamannya sebagai kokpit maya Audi. Ruang itu memang nampak mewah dengan tempat duduk dibalut kulit alcantara, sistem pendingin hawa serta kemasan aluminium pada pintu.

Kualiti premium kokpit Audi T diteruskan lagi dengan sistem hiburan MMI radio dan MMI Touch. Bagi memberikan kualiti bunyi terbaik, ia dilengkapi sistem audio dengan sembilan unit pembesar suara dan amplifier lima saluran.

SONY DSC

Dari segi keselamatan pula, coupe ini dilengkapi enam beg udara serta sistem kawalan kestablan elektronik yang terdiri daripada Traction Control (ASR), Electronic Diffrential Lock (EDL), ABS, EBD dan BA.

Audi TT ditawarkan pada harga RM284,900 seunit (tidak termasuk insurans). Ia turut didatangkan dengan jaminan selama empat tahun atau perbatuan sejauh 120,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button