
KIA TELLURIDE BAHARU – LEBIH RUGGED DAN LAWA TETAPI MASIH DENGAN GAYA SUV AMERIKA
Semenjak generasi Kia Telluride ini mula diperkenalkan pada tahun 2019, ianya diterima agak baik khususnya untuk pasaran Amerika yang cukup sinonim dengan segmen SUV bersaiz agak besar. Dan selepas enam tahun berada dalam pasaran, tiba masanya generasi kedua Kia Telluride ini berada dalam pasaran untuk bersaiz dengan SUV Amerika yang lain.
Oh ya, sebelum ada yang menyindir akan namanya apa hal pelik sangat, nama Telluride ini dipilih sebenarnya berdasarkan nama nama kawasan Telluride yang terletak di Colorado Ameriak Syarikat.

Ciri gabungan diantara kemewahan dan keupayaan lasak berjaya mentakrifkan semula tentang Kia Telluride ini yang menjadi resepi pembuatannya. Ternyata Jurutera Kia telah berjaya mengekalkan DNA sebelum ini dengan generasi kedua ini tampil dengan ciri yang lebih berani dan rugged serta mengekalkan imej berkotak yang dibawa menerusi generasi pertama.
Evolusi yang berlaku membolehkan Kia Telluride generasi kedua ini tampil dengan 2.3 inci lebih panjang secara keseluruhan, jarak titik roda dipanjang sehingga tiga inci dan juga pertambahan satu inci untuk ketinggiannya.

Dengan menggunakan falsafah reka bentuk global Kia iaitu Opposites United, Telluride serba baharu ini menggabungkan kekuatan dengan keanggunan, ketahanan dengan kecanggihan, dan inovasi dengan kawalan diri. Dengan debut sulungnya ketika Los Angeles Auto Show 2025, penghantaran pertama untuk pembeli dijangka dibuat pada suku pertama 2026.
Rekaan bahagian hadapan tampil dengan rekaan hud yang tinggi serta lampu utama dengan rekaan yang menegak disamping rekaan gril yang agak besar menyepadu dengan rekaan bahagian bampar bawah berwarna hitam. Kemasan body cladding yang tidak keterlaluan menambahkan ciri rugged yang ada pada Kia Telluride ini. Rekaan Pemegang pintu yang rata, seperti yang ditawarkan pada model Kia EV6 dan EV9, memberikan penampilan yang bersih dan moden.

Rekaan lampu utama belakang juga bercirikan seperti lampu di hadapan dengan LED memanjang ke bawah yang nipis.
Bahagian dalamannya cukup selesa dan luas terima kerana dimensi yang telah dipanjangkan sedikit itu sekali gus membolehkan urusan keluar masuk penumpang di barisan kedua dan ketiga dengan lebih mudah. Begitu juga dengan ruang lega kepada yang lebih selesa setelah tingginya juga dipertingkatkan.

Paparan skrin berkembar bersaiz 12.3 inci untuk sistem infohiburan dan juga digital kluster yang dipasang dianggap sebagai sohor kini untuk para pengeluar kereta di era ini.
Walau pun tiada kenyataan rasmi mengenai trenkuasa, namun adalah dipercayai ianya akan menggunakan enjin V6 3.5 liter yang diambil daripada model Palisade serta kemungkinan varian hibrid juga mungkin akan ditawarkan kelak.
BACA : KIA TELLURIDE – INI ADALAH SUV AMERIKA!
BACA : KIA TELLURIDE DINOBAT SEBAGAI WORLD CAR OF THE YEAR 2020!


