Artikel Pilihan

KIA TELLURIDE – INI ADALAH SUV AMERIKA!

Biasa di jalanan kita akan dihidangkan dengan dua pengaruh rekabentuk iaitu Asia dan Eropah. Bagaimana pula dengan pengaruh Amerika Syarikat? Sedangkan ia adalah salah satu pasaran terbesar di dunia.

Memang ada, sebagai contoh Chevrolet dan Ford tetapi ia bukan 100 peratus AS kerana terdapat juga pengaruh gayaan Eropah dan Asia.

Bila bercakap tentang rekabentuk AS, ia mestilah mempunyai pengaruh sejati negara tersebut seperti Chevy Camaro, Ford Mustang, Ford F150 dan lain-lain lagi. Ia mestilah mempunyai sedikit elemen ‘muscle’ dan salah satu sifat lain ialah fizikal yang besar.

Ini pula ialah Kia Telluride – tawaran dari pengeluar Korea Selatan untuk penduduk Amerika Syarikat. Ia direkabentuk di studio Kia di California atau dipanggil Kia Design Center America.

Telluride sebenarnya adalah SUV konsep mewah yang pertama kali dipertontonkan pada tahun lepas. Ia mempunyai tujuh tempat duduk dengan tiga barisan dan jarak roda yang lebih panjang dari mana-mana model produksi Kia. Lebih menarik bahagian luarnya tampak moden dan membawa imej AS iaitu tampak muskular, tegak dan segak.

BACA: KIA STONIC – SAUDARA KEMBAR HYUNDAI KONA BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI

Rekabentuk Telluride sebenarnya sudah pun diakui sebagai antara yang terbaik. Ia telah menerima pengiktirafan dari Persatuan Pereka Antarabangsa Amerika (IDSA). Kia menerima medal gangsa Anugerah Kecemerlangan Rekabentuk Antarabangsa 2017 dalam kategori Pengangkutan untuk kereta konsep pada Pameran Automotif Antarabangsa Amerika Utara tahun lalu.

Kia Telluride adalah definisi kemewahan untuk pasaran umum di sana. Bila bercakap tentang AS, ia mesti besar dan selesa. Kerusi bahagian kedua boleh dibaringkan hampir rata dan siap dengan perehat kaki boleh laras. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem LER atau Light Emmitted Rejuvenation.

Apakah LER ini?

Ia terdiri dari panel LED pada siling kenderaan yang memancarkan corak lampu terapi untuk mengurangkan kesan jetlag. Dalam erti kata lain, mampu menambah baik tahap tenaga penumpang.

Ini adalah Amerika!

BACA: TAHUKAH ANDA KUALITI KERETA JENAMA KIA LEBIH BAIK DARI PORSCHE?

Google ads
Back to top button