Buletin

KIA TELLURIDE DINOBAT SEBAGAI WORLD CAR OF THE YEAR 2020!

SUV tujuh tempat duduk, KIA Telluride diumum sebagai pemenang anugerah World Car of the Year 2020 dan mengalahkan 50 pesaing lain dari seluruh dunia. 

Pemilihan itu dibuat oleh 86 orang juri dari 24 buah negara. Ia sekali gus menafikan dua lagi finalis iaitu Mazda3 dan Mazda CX-30.

Ini merupakan kali pertama KIA atau pengeluar kenderaan dari Korea Selatan memenangi anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005. 

Selain Korea Selatan, Telluride kini sudah dijual di Amerika Syarikat dan Kanada. “Kami sangat berbangga apabila Telluride dinobat sebagai pemenang World Car of the Year 2020. Ini merupakan saingan paling sengit dalam industri automotif global. 

“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Telluride sememangnya sebuah kenderaan yang luar biasa.

“Ia menunjukkan hasil kerjasama pasukan KIA dari seluruh dunia yang beriltizam untuk menghasilkan sebuah kenderaan berkualiti tinggi, praktikal dan dimahukan oleh pemandu,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Divisyen Produk Kia Motors Corporation, Thomas Schemera. 

Pemenang lain World Car of the Year 2020 ialah Porsche Taycan bagi kategori World Luxury Car dan World Performance Car, KIA Soul elektrik (World Urban Car) dan Mazda3 (World Car Design). 

Telluride dikuasakan oleh enjin V6 aspirasi biasa yang mampu menjana kuasa sehingga 291hp dan dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. KIA menawarkan pilihan pacuan roada hadapan dan semua roda (AWD) kepada pembeli SUV ini. 

Di Amerika Syarikat, Telluride ditawarkan pada harga bermula AS$31,890 (RM138350) seunit. Ia bersaing secara langsung dengan model-model seperti Honda Pilot dan Subaru Ascent di sana. 

GALERI

Google ads
Back to top button