Buletin

KIA UMUM JUALAN MODEL PBV DI JEPUN PADA AWAL TAHUN 2026

Kia Corporation (Kia) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penjualan model Platform Beyond Vehicle (PBV) di Jepun pada awal tahun 2026.

Langkah ini merupakan komponen penting dalam strategi global PBV Kia, selepas pembentangan model konsep PBV dan ekosistem perniagaan PBV di pameran CES 2024 di Las Vegas, Busan Mobility Show di Korea, serta IAA di Eropah.

Kia sedang membangunkan beberapa model PBV yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan di pasaran Jepun.

Model pertama bakal dilancarkan ialah Kia PV5, yang akan diperkenalkan pada awal 2026. Model konsep PV5 diperlihatkan buat pertama kali pada CES di Las Vegas pada Januari lalu. Kenderaan bersaiz sederhana ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan di Jepun.

Selain PV5, Kia juga akan memperkenalkan model PV7 di Jepun dalam masa terdekat. Bagi memastikan ekosistem PBV ini dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih efektif, Kia telah menjalin kerjasama strategik dengan Sojitz Corporation, sebuah syarikat perdagangan Jepun yang terlibat dalam pelbagai sektor, termasuk pengangkutan dan infrastruktur.

Kia turut mendedahkan bahawa Sojitz akan menjadi pengedar utama PBV Kia di Jepun.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Divisyen Perniagaan PBV Kia, Sangdae Kim menyatakan, “Kami teruja untuk memulakan jualan PBV di Jepun dan menawarkan nilai berpusatkan pelanggan melalui perkembangan perniagaan Kia.”

“Kami akan terus memperkenalkan pelbagai penyelesaian berkaitan PBV yang dioptimumkan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan global terhadap PBV, Kia sedang membina kilang baharu dikenali sebagai ‘EVO Plant’.

Kilang ini terletak di kemudahan Autoland Kia di Hwaseong, Korea dan akan menjadi fasiliti pembuatan pertama Kia yang didedikasikan untuk kenderaan elektrik PBV.

Langkah Kia untuk memasuki pasaran Jepun dengan model PBV menandakan komitmen mereka untuk terus memajukan inovasi dalam sektor mobiliti global, sambil memenuhi permintaan terhadap kenderaan elektrik khusus yang semakin meningkat.

Google ads
Back to top button